Ceritakan website
yang anda nak.
Design, sistem, atau kedua-duanya. Isi bahagian yang anda tahu dan kita bincang yang lain melalui WhatsApp. Tiada caj untuk bertanya.
Melalui WhatsApp — bukan emel auto-reply.
Arah visual, struktur halaman dan modul yang perlu.
Kami nilai ikut skop. Tiada bayaran sehingga anda setuju.
Sebelum anda mula.
Design betul-betul boleh ikut brand saya?+
Ya, 100%. Kami mula dari kosong — bukan pilih templat. Warna, tulisan, susun atur, gambar, tone penulisan: semua ikut brand anda. Kalau anda ada brand guideline atau contoh website yang anda suka, kami ikut.
Kalau saya tak tahu nak website macam mana?+
Itu biasa. Terangkan bisnes dan pelanggan anda — kami cadangkan struktur, design direction dan sistem yang sesuai. Anda luluskan sebelum kami bina.
Boleh buat landing page sahaja, bukan sistem?+
Boleh. Ramai pelanggan mula dengan landing page satu halaman. Bila bisnes berkembang, kita tambah halaman atau sistem tanpa buat semula.
Berapa lama untuk siap?+
Landing page: 3–7 hari. Website penuh: 2–3 minggu. Sistem dengan login dan pembayaran: 4–8 minggu. Semua bergantung pada skop.
Kenapa tiada harga dipaparkan?+
Kerana skop setiap projek berbeza. Kami nilai ikut halaman, sistem, integrasi dan tahap design — kemudian hantar sebut harga bertulis. Anda putuskan sebelum mula.
Boleh saya minta ubah selepas siap?+
Boleh. Perubahan kecil selepas siap kami uruskan; perubahan besar akan disebut harga berasingan terlebih dahulu.
Siapa miliki data dan website saya?+
Anda. Data boleh dieksport penuh bila-bila masa, dan kod serta domain boleh dipindahkan jika anda mahu uruskan sendiri.