Polisi privasi.
Polisi ini menerangkan data peribadi yang Webjelah kumpul, sebab kami mengumpulnya dan hak anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.
1. Data yang kami kumpul
- Data akaun — nama, emel dan kata laluan terenkripsi (hash) untuk penjual.
- Data kedai — nama kedai, tagline, nombor WhatsApp dan maklumat produk.
- Data pesanan pelanggan — nama, nombor telefon, alamat dan item yang ditempah melalui kedai anda.
- Data teknikal — alamat IP (dihash untuk had kadar), jenis peranti dan log ralat asas.
- Gambar — fail yang anda muat naik untuk produk atau hero kedai.
2. Sebab kami menggunakannya
- Menyediakan dan menyelenggara akaun serta kedai anda.
- Memproses pesanan dan membolehkan anda mengurus jualan.
- Mengesan penyalahgunaan, cubaan log masuk berulang dan masalah keselamatan.
- Menjawab pertanyaan sokongan dan sebut harga.
- Memenuhi kewajipan undang-undang.
Kami tidak menjual data anda kepada pihak ketiga.
3. Data pelanggan kedai anda
Apabila pelanggan membuat pesanan di kedai anda, data mereka disimpan untuk anda uruskan pesanan. Anda sebagai penjual bertanggungjawab menggunakan data itu hanya untuk tujuan pesanan, penghantaran dan sokongan yang berkaitan.
4. Pihak ketiga
Kami menggunakan penyedia infrastruktur seperti Cloudflare (hosting, pangkalan data dan simpanan gambar) untuk menjalankan perkhidmatan. Jika anda memilih add-on payment gateway, data pembayaran diproses oleh penyedia pembayaran yang dipilih dan tertakluk kepada polisi privasi penyedia tersebut.
5. Tempoh simpanan
Data akaun disimpan selagi akaun aktif. Data pesanan disimpan untuk tujuan rekod perniagaan dan undang-undang. Log cubaan log masuk dipadam secara automatik selepas 24 jam.
6. Keselamatan
Kata laluan disimpan sebagai hash dengan salt, bukan teks biasa. Session menggunakan cookie HttpOnly. Akses pangkalan data dihadkan kepada aplikasi yang sah. Walau bagaimanapun, tiada sistem di internet boleh dijamin 100% selamat.
7. Hak anda
Di bawah PDPA, anda boleh:
- Meminta akses kepada data peribadi anda.
- Meminta pembetulan data yang tidak tepat.
- Menarik balik persetujuan untuk penggunaan tertentu.
- Meminta pemadaman data, tertakluk kepada kewajipan undang-undang.
Hantar permintaan kepada [email protected]. Kami akan mengesahkan identiti anda dan membalas dalam tempoh yang munasabah.
8. Cookie
Kami menggunakan cookie session yang diperlukan untuk log masuk. Kami tidak menggunakan cookie pengiklanan pihak ketiga di laman utama.
9. Hubungi
Soalan privasi: [email protected] atau WhatsApp 601112565823.