Terma perkhidmatan.
Terma ini menerangkan peraturan penggunaan webjelah.store, termasuk pelan langganan platform kedai, kerja custom dan add-on pilihan. Dengan mendaftar atau membuat tempahan, anda bersetuju dengan terma ini.
1. Pelan platform kedai
Pelan platform ialah langganan bulanan untuk membuka kedai online guna template sedia ada:
- Free RM0 — 20 produk, template Aurelia, checkout WhatsApp.
- Basic RM20/bulan — 100 produk, 3 template.
- Advance RM50/bulan — 500 produk, 4 template, pilihan design lanjutan.
- Premium RM100/bulan — 5,000 produk, 5 template, semua pilihan design.
Pelan berbayar diaktifkan selepas pembayaran disahkan. Pelan tidak aktif secara automatik hanya kerana anda mendaftar.
2. Checkout dan pembayaran
Checkout standard ialah WhatsApp. Pelanggan menghantar pesanan melalui kedai anda, dan anda mengesahkan pesanan serta pembayaran secara terus dengan pelanggan.
Payment gateway (FPX / kad) dan DuitNow QR ialah add-on pilihan. Ia tidak termasuk dalam mana-mana pelan, termasuk Premium. Add-on hanya diaktifkan selepas skop, akaun penyedia dan kos disahkan secara bertulis. Tiada harga tetap dipaparkan kerana kos bergantung pada penyedia dan keperluan.
Jika anda memilih add-on pembayaran, cas penyedia pembayaran (contohnya caj transaksi FPX atau kad) dikenakan oleh penyedia tersebut dan akan dinyatakan sebelum add-on diaktifkan. Webjelah tidak mengambil komisen peratusan daripada jualan anda.
3. Kerja custom
Landing page, website penuh dan sistem yang dibina 100% ikut brand anda ialah projek berasingan. Harga dinilai ikut skop dan diberikan sebagai sebut harga bertulis sebelum kerja bermula. Sebut harga akan menyatakan skop, tempoh, bilangan pusingan semakan dan perkara yang tidak termasuk.
Perubahan di luar skop yang dipersetujui akan disebut harga berasingan terlebih dahulu.
4. Tanggungjawab anda
- Memberi maklumat produk, harga, stok dan gambar yang betul.
- Mematuhi undang-undang Malaysia, termasuk perlindungan pengguna dan cukai yang berkaitan.
- Tidak menggunakan platform untuk produk haram, penipuan atau kandungan yang melanggar hak pihak lain.
- Menjaga kata laluan akaun anda sendiri.
5. Had perkhidmatan
Kami boleh menggantung akaun yang melanggar terma, menyalahgunakan sistem atau menyebabkan risiko kepada pelanggan lain. Kami akan cuba memaklumkan anda terlebih dahulu kecuali ada risiko keselamatan atau undang-undang yang mendesak.
Kami tidak menjamin jualan, trafik atau kedudukan carian. Kejayaan kedai bergantung pada produk, harga dan usaha pemasaran anda.
6. Data dan pemilikan
Anda memiliki data kedai, produk dan pesanan anda. Anda boleh meminta eksport data pada bila-bila masa. Kod custom dan domain boleh dipindahkan mengikut persetujuan bertulis.
7. Perubahan terma
Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Perubahan penting akan dimaklumkan melalui emel atau papan pemuka. Versi terkini sentiasa dipaparkan di halaman ini.
8. Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan: [email protected] atau WhatsApp 601112565823.